Baru, Liga Super 2016 : Kelantan vs Felda United
Walaupun ramai peminat fanatik Kelantan lebih menganggap Johor Darul Takzim sebagai perlawanan yang berprofil tinggi, namum kita tidak boleh menafikan juga cabaran daripada pasukan Felda United.
Tahukah anda, kali terakhir Kelantan menang keatas Felda United adalah pada Mei 2013.
Tugas berat untuk anak buah Popov kerana pasukan Felda United ada musim ini tampil dengan lebih mantap. Kini pasukan mereka sedang bersaing dengan JDT untuk merebut kejuaraan Liga Super 2016.
Mereka hanya dibezakan 2 mata sahaja dengan pendahulu liga. Jadi Felda United kini sememangnya sedang ghairah memburu kemenangan dan takkan teragak-agak untuk menumbang sesiapa sahaja yang ditempuhinya. Mereka perlu terus konsisten agar tidak tercicir mata dalam perebutan kejuaraan liga.
Dalam perlawanan kedua-dua pasukan musim ini bulan mei lalu, telah menyaksikan Felda United berjaya menewaskan Kelantan dengan jaringan 2-0. Ironinya bekas penyerang import Kelantan iaitu Forkey Doe kini sedang menyengat dan berbisa di Felda United.
Rekod Pertemuan Kelantan vs Felda United
Dalam rekod pertemuan kedua-dua pasukan sejak musim 2012, mereka bertembung sebanyak 12 perlawanan. Dan Kelantan hanya mampu menang 2 kali sahaja, dan Felda United pula menang sebanyak 3 kali. Dan 7 kali perlawanan berkesudahan seri.
04/05/2016 | Liga Super | Felda United | 2 | 0 | Kelantan |
---|---|---|---|---|---|
17/10/2015 | Piala Malaysia (group c) | Felda United | 2 | 2 | Kelantan |
18/09/2015 | Piala Malaysia (group c) | Kelantan | 1 | 1 | Felda United |
05/08/2015 | Liga Super | Felda united | 0 | 0 | Kelantan |
14/03/2015 | Liga Super | Kelantan | 0 | 1 | Felda United |
31/05/2014 | Piala FA - Semifinal | Felda United | 2 | 2 | Kelantan |
06/05/2014 | Piala FA - Semifinal | Kelantan | 3 | 3 | Felda United |
07/05/2013 | Liga Super | Kelantan | 3 | 0 | Felda United |
18/01/2013 | Liga Super | Felda United | 0 | 0 | Kelantan |
02/10/2012 | Piala Malaysia - Sukuakhir | Felda United | 2 | 2 | Kelantan |
10/07/2012 | Liga Super | Felda United | 1 | 0 | Kelantan |
31/03/2012 | Liga Super | Kelantan | 5 | 1 | Felda United |
Keputusan 5 Perlawanan terakhir kedua-dua pasukan.
Kita imbau kembali 5 perlawanan terakhir bagi kedua-dua pasukan, pasukan Kelantan hanya menang 2 perlawanan sahaja 1 kalah dan 2 seri, manakala pasukan Felda United menang sebanyak 4 perlawanan dan 1 kalah.
Prestasi Felda United pada musim ini cukup konsisten dan pemain mereka sudah semestinya mahu mengekalkan rentak kemenangan mereka.
Jadi dalam perlawanan ini adalah satu tugas getir yang sedang menanti pemain-pemain Kelantan, disamping terpaksa bergelut dengan susunan jadual perlawanan yang padat pada bulan ini.
Abe akui Felda United adalah salah satu pasukan terkuat dalam liga, jadi harapan untuk menang adalah 50-50. Buat masa ini Abe lebih suka untuk lihat bagaimana perkembangan corak permainan para pemain Kelantan.
Prestasi Felda United pada musim ini cukup konsisten dan pemain mereka sudah semestinya mahu mengekalkan rentak kemenangan mereka.
Jadi dalam perlawanan ini adalah satu tugas getir yang sedang menanti pemain-pemain Kelantan, disamping terpaksa bergelut dengan susunan jadual perlawanan yang padat pada bulan ini.
Abe akui Felda United adalah salah satu pasukan terkuat dalam liga, jadi harapan untuk menang adalah 50-50. Buat masa ini Abe lebih suka untuk lihat bagaimana perkembangan corak permainan para pemain Kelantan.
KELANTAN | VS | FELDA UNITED |
---|---|---|
Kelantan 1-0 Kuala Lumpur | Melaka United 0-1 Felda United | |
JDT 1-0 Kelantan | Selangor 1-2 Felda United | |
Kelantan 0-0 Pahang | PDRM 1-2 Felda United | |
Selangor 3-3 Kelantan | Felda United 0-1 Terengganu | |
Terengganu 1-6 Kelantan | Felda United 2-1 Perak |